Tuesday, August 26, 2014

Genting Strawberry Farm

Sekitar April 2014 yang lalu, Kak Ina sekeluarga telah berjalan ke Genting Strawberry Farm. Ya, GENTING Strawberry Farm. Ramai yang tidak menyedari akan adanya Kebun Strawberry di Genting Highland lantaran Genting lebih sinonim dengan taman tema, pusat hiburan, Anugerah Bintang Popular dan lain-lain. Kak Ina mengetahui tentang adanya kebun ini pun melalui google.com.

Tempatnya tidak jauh dari Genting Skyway (kereta kabel), melepasi pekan kecil Goh Tong Jaya. Cantik, tenang.. Barangkali 'pegawai daerahnya' sedang merancang kawasan tersebut menjadi tempat peranginan yang bukan sekadar untuk hiburan tetapi juga satu 'spot' yang lebih santai... Kak Ina katakan begini sebab dalam perjalanan menuju ke sana ada beberapa tempat tarikan seperti Mini Cameron Highlands, Bee Farm dan Mushroom Farm. Namun, disebabkan kekangan masa, kami tidak berkesempatan untuk singgah ke tempat2 tersebut.

Insect World Garden

Mini Cameron Hiland

Mushroom Farm


Di kawasan Strawberry Farm sendiri ada beberapa 'corner' yang menarik. Contohnya Lavender Garden, Muzium Lebah, deretan kedai cenderahati, sayur-sayuran dan buah-buahan, kafe yang menawarkan menu berasaskan strawberry dan juga Mushroom Farm. Maybe readers boleh dapatkan gambaran @ feel yang lebih menarik di url ini >> Genting Strawberry Farm Kami menghabiskan kira-kira 2 jam bersiar2 di kawasan tersebut.

Masuk percuma sahaja. Tiada bayaran dikenakan.

Lavender Garden. Mungkin bukan musimnya, lavender x ada sangat

Hanya dedaun lavender

Laluan ke Bee Farm

Mencuba strawberry milk shake. Agak mahal. Kira-kira RM12+- segelas.

Hasil kutipan. Lebih kurang 200g sahaja. Sekadar seronok-seronok

Pondok cendawan


Mencari kelainan, Kak Ina & Abg Din membawa anak-anak mendapatkan pengalaman memetik strawberry. Tawarannya, setiap 100g buah dicas sebanyak RM8. Sekurang-kurangnya pengunjung ada pilihan hendak mencuba atau tidak. Berbanding di Cameron Highland, untuk memetik strawberry, pengunjung perlu membayar RM25 sekilogram dan hanya 2 orang yg dibenarkan masuk untuk memetik strawberry.






Rumusannya, Genting Strawberry Farm sesuai dijadikan destinasi persiaran yang berbajet rendah,  yang tidak terlalu jauh dari pusat bandar, yang menghiburkan dan merehatkan minda. ;-)





No comments: